Thu Feb 12
J.P. MorganTradeflow:革新您的交易體驗
Wed Feb 11
EP雅瑩攜東方美學深耕東南亞市場,以服飾為橋共迎新春
Mon Feb 09
2024-12-18
HaiPress

Foto Hiasan
KUALA LUMPUR,18 Disember- Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives diniagakan tinggi pada tengah hari.
Pada pukul 12.30 tengah hari,kontrak Disember 2024 naik 4.5 mata kepada 1,595; Januari 2025 menambah lima mata kepada 1,599; Mac 2025 meraih 5.5 mata kepada 1,585 manakala Jun 2025 menokok empat mata kepada 1,590.
Jumlah dagangan sebanyak 2,683 lot dan kepentingan terbuka berjumlah 39,171 kontrak.
Selain itu,setakat pukul 12.30 tengah hari,indeks petunjuk utama FBM KLCI naik 0.23 peratus atau 3.71 mata kepada 1,601.04 daripada paras 1,597.33 pada akhir dagangan semalam.- BERNAMA