Thu Feb 12
J.P. MorganTradeflow:革新您的交易體驗
Wed Feb 11
EP雅瑩攜東方美學深耕東南亞市場,以服飾為橋共迎新春
Mon Feb 09
2024-12-27
HaiPress

Foto Hiasan
KUALA LUMPUR,26 Disember- Kontrak niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup tinggi pada Khamis selepas minat pembelian kembali berikutan peniaga kembali selepas cuti perayaan Krismas.
Pada penutupan dagangan,kontrak Disember 2024 meningkat kepada US$2,626.10 setiap auns troy daripada US$2,618.10 pada Selasa dan Januari naik kepada US$2,639.20 setiap auns troy daripada US$2,631.20.
Februari 2025,Mac 2025 dan April 2025 masing-masing ditutup tinggi kepada US$2,649.30 setiap auns troy berbanding US$2,641.40 pada Selasa.
Jumlah dagangan berjumlah 34 lot daripada sifar pada Selasa manakala kepentingan terbuka meningkat kepada 40 kontrak daripada 16 kontrak sebelumnya.- BERNAMA