Malaysia-China perkukuh hubungan pertahanan

2025-01-08     HaiPress

Panglima Angkatan Tentera Malaysia,Jeneral Tan Sri Mohammad Ab Rahman mengiringi Ketua Kakitangan,Jabatan Kakitangan Bersama,Suruhanjaya Tentera Pusat,Republik Rakyat China,Jeneral Liu Zhenli (kiri) memeriksa Kawalan Kehormatan Utama (KKU) daripada Batalion Pertama Rejimen Askar Melayu Diraja pada kunjungan hormat di Wisma Pertahanan hari ini / Foto Bernama

KUALA LUMPUR,7 Januari – Ketua Kakitangan,Jeneral Liu Zhenli melakukan kunjungan hormat ke Malaysia bagi memperkukuhkan hubungan diplomatik dan kerjasama pertahanan antara kedua-dua negara.

Kunjungan itu disambut oleh Panglima Angkatan Tentera Malaysia,Jeneral Tan Sri Mohammad Ab. Rahman di Wisma Pertahanan,di sini.

Kunjungan dimulakan dengan Pemeriksaan Kawalan Kehormatan Utama (KKU)melibatkan 3 pegawai dan 103 anggota oleh Batalion Pertama Rejimen Askar Melayu Diraja yang diketuai oleh Mej Adibadiuezshah Ahmad.

Dalam pertemuan tersebut,kedua-dua pihak bertukar pandangan mengenai isu keselamatan serantau,pertukaran maklumat ketenteraan,serta membincangkan kerjasama dalam bidang latihan dan operasi bersama.

Jeneral Liu Zhenli turut mengadakan pertemuan dengan Menteri Pertahanan,Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.

Penafian: Artikel ini diterbitkan semula dari media lain. Tujuan mencetak semula adalah untuk menyampaikan lebih banyak maklumat. Ini tidak bermakna laman web ini bersetuju dengan pandangannya dan bertanggungjawab ke atas keasliannya, dan tidak menanggung tanggungjawab undang-undang. Semua sumber di laman web ini dikumpulkan di Internet. Tujuan perkongsian adalah untuk pembelajaran dan rujukan sahaja. Sekiranya terdapat pelanggaran hak cipta atau harta intelek, sila tinggalkan mesej.