Thu Feb 12
J.P. MorganTradeflow:革新您的交易體驗
Wed Feb 11
EP雅瑩攜東方美學深耕東南亞市場,以服飾為橋共迎新春
Mon Feb 09
2025-01-08
HaiPress

Antara PATI yang ditahan imigresen malam tadi/Foto JIM Perak
LUMUT,7 Januari - Seramai 16 pendatang asing tanpa izin (PATI) ditahan dalam operasi berasingan di enam premis sekitar Sitiawan di sini,lewat malam tadi.
Mereka yang ditahan terdiri daripada tujuh lelaki,lapan perempuan,dan seorang kanak-kanak berusia antara tiga hingga 53 tahun.
Pengarah Jabatan Imigresen Malaysia Negeri Perak,Meor Hezbullah Meor Abdul Malik,berkata operasi tersebut dijalankan oleh Unit Penguatkuasa Pejabat Imigresen Cawangan Lumut dengan melibatkan tujuh pegawai.
"Serbuan ini dibuat hasil aduan dan pemantauan yang dijalankan sebelum ini.
"Pemeriksaan ke atas 24 warga asing dari Thailand,Myanmar,India,Bangladesh,dan Indonesia mendapati 16 daripadanya melakukan pelbagai kesalahan di bawah Akta Imigresen 1959/63 serta Peraturan-Peraturan Imigresen 1963," katanya menerusi kenyataan di sini hari ini.
Kesemua PATI tersebut telah dibawa ke Depot Imigresen Lumut untuk siasatan lanjut di bawah Seksyen 6(1)(c) dan Seksyen 15(1)(c) Akta Imigresen 1959/63,serta kesalahan di bawah Peraturan 39(b),Peraturan-Peraturan Imigresen 1963.