Thu Feb 12
J.P. MorganTradeflow:革新您的交易體驗
Wed Feb 11
EP雅瑩攜東方美學深耕東南亞市場,以服飾為橋共迎新春
Mon Feb 09
2025-01-14
IDOPRESS

Foto hiasan
KUALA LUMPUR,13 Januari- Kadar antara bank jangka pendek ditutup stabil susulan operasi Bank Negara Malaysia (BNM) menyerap lebihan mudah tunai daripada sistem kewangan.
Mudah tunai dalam sistem konvensional meningkat kepada RM29.91 bilion daripada RM21.13 bilion pagi ini manakala mudah tunai dalam dana Islam menyusut kepada RM24.41 bilion daripada RM25.99 bilion sebelum itu.
Awal hari ini,bank pusat itu menawarkan dua tender repo berbalik dan tender repo berbalik semalaman.
Selain itu,bank pusat itu mengumumkan ketersediaan repo berbalik,perjanjian jual dan beli semula serta kemudahan Murabahah komoditi bercagar dengan tempoh seminggu,satu bulan dan tiga bulan.
Pada 4 petang,BNM menawarkan tender pasaran wang konvensional bernilai RM29.90 bilion dan tender pasaran wang murabahah bernilai RM24.40 bilion,kedua-duanya bagi tempoh matang sehari.
Setakat 10 Januari,Kadar Semalaman Islam Malaysia (MYOR-i) berada pada 3.00 peratus.- BERNAMA