Thu Feb 12
J.P. MorganTradeflow:革新您的交易體驗
Wed Feb 11
EP雅瑩攜東方美學深耕東南亞市場,以服飾為橋共迎新春
Mon Feb 09
2025-01-15
HaiPress

FOTO RTM
KUCHING,14 Januari-Lima maut manakala dua cedera parah selepas terlibat dalam satu kemalangan di Jalan Stutong Baru di Kuching tengah hari tadi.
Menurut Ketua Polis Daerah Kuching,Penolong Pesuruhjaya Polis (ACP) Mohd Farhan Lee Abdullah,empat mangsa meninggal dunia di tempat kejadian manakala seorang meninggal dunia ketika mendapat rawatan di Hospital Umum Sarawak.
Dalam kejadian pukul 12.50 tengah hari itu,sebuah kenderaan jenis sedan yang datang dari arah pusat bandar dipercayai telah hilang kawalan dan terbabas lalu masuk ke laluan bertentangan lalumerempuh dua lagi kenderaan jenis sedan dan dua buah motosikal.
Kesemua mangsa berumur antara 16 dan 45 tahun.
Polis akan menahan seorang pemandu bagi membantu siasatan.
Pemandu berkenaan yang berumur 16 tahun didapati tidak memiliki lesen memandu.
Kes disiasat bawah Seksyen 41(1),Akta Pengangkutan Jalan 1987.