Thu Feb 12
J.P. MorganTradeflow:革新您的交易體驗
Wed Feb 11
EP雅瑩攜東方美學深耕東南亞市場,以服飾為橋共迎新春
Mon Feb 09
2025-01-16
IDOPRESS

Foto Hiasan
KUALA LUMPUR,16 Januari- Malaysia menghargai hubungan erat bersama Kerajaan Arab Saudi terutama dalam bidang hal ehwal Islam.
Menerusi perkongsian di laman Facebook Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama),Datuk Dr. Mohd Naim Mokhtar,Arab Saudi merupakan negara pertama yang menjalinkan kerjasama menerusi memorandum persefahaman dalam hal ehwal Islam.
Melalui Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan Kementerian Hal Ehwal Islam,Dakwah dan Bimbingan Arab Saudi,program dan aktiviti dalam memorandum Saudi Malaysia Coordination (SMCC) bagi tempoh 2024 hingga 2026 sedang dalam fasa pelaksanaan.
Terdahulu,beliau melakukan kunjung hormat kepada Syeikh Dr. Abdul Latif Abdul Aziz Al Syeikh,Menteri Hal Ehwal Islam,Dakwah dan Bimbingan Arab Saudi di Jeddah.