Thu Feb 12
J.P. MorganTradeflow:革新您的交易體驗
Wed Feb 11
EP雅瑩攜東方美學深耕東南亞市場,以服飾為橋共迎新春
Mon Feb 09
2025-01-17
IDOPRESS

Foto Facebook Datuk Seri Anwar Ibrahim
LONDON,17 Januari- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menzahirkan harapan agar pertemuan dengan beberapa syarikat utama di United Kingdom (UK) dapat melonjakkan prestasi ekonomi negara ke tahap lebih baik.
Datuk Seri Anwar menerusi hantaran di Facebook memaklumkan platform itu penting bagi memperbaharui dan juga menerokai peluang perniagaan,pelaburan dan perdagangan di Malaysia.
"Misi lawatan kerja ke London UK pada Khamis diteruskan melalui pertemuan dengan beberapa syarikat utama di negara itu.
"Antaranya Standard Charted PLC,Jaguar Land Rover Automotive PLC,Raw Energy dan Yondr.
"Moga pertemuan ini dapat melonjakkan prestasi ekonomi negara ke tahap lebih baik,Insya-Allah",katanya menerusi Facebook.
Perdana Menteri,tiba di ibu negara UK pada Rabu lalu untuk lawatan kerja selama lima hari.
Lawatan tersebut atas jemputan rakan sejawatnya Keir Starmer dan merupakan kunjungan pertama ke UK sejak memegang jawatan Perdana Menteri pada November 2022.