Rundingan semula MEUFTA pelbagaikan ekonomi, eksport negara

2025-01-21     HaiPress

Tan Sri Abdul Wahid Omar

KUALA LUMPUR,21 Januari- Penyambungan semula rundingan Perjanjian Perdagangan Bebas Kesatuan Eropah-Malaysia (MEUFTA) dijangka dapat mempelbagaikan pasaran ekonomi serta eksport negara.

Pengerusi Bursa Malaysia Tan Sri Abdul Wahid Omar berkata,langkah itu berpotensi mengurangkan kebergantungan Malaysia terhadap mana-mana pasaran tertentu sejajar dengan strategi negara untuk memperkukuh hubungan ekonomi dengan rakan dagang di seluruh dunia.

"Sebagai sebuah negara perdagangan,kita perlu menjalin hubungan baik dengan semua pihak. Saya percaya semakin banyak hubungan ekonomi yang kita bina dengan semua pihak,termasuk Eropah ia akan memberi manfaat kepada Malaysia.

"Ini merupakan sebahagian daripada asas penting dalam usaha mempelbagaikan pasaran," katanya.

Beliau berkata demikian kepada media selepas ucaptama pada Forum Tinjauan Ekonomi dan Strategik Malaysia 2025 di ibu negara.

Semalam,Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan penyambungan semula rundingan MEUFTA bersempena dengan lawatan kerja ke Brussels,Belgium pada 19-20 Januari.

Penafian: Artikel ini diterbitkan semula dari media lain. Tujuan mencetak semula adalah untuk menyampaikan lebih banyak maklumat. Ini tidak bermakna laman web ini bersetuju dengan pandangannya dan bertanggungjawab ke atas keasliannya, dan tidak menanggung tanggungjawab undang-undang. Semua sumber di laman web ini dikumpulkan di Internet. Tujuan perkongsian adalah untuk pembelajaran dan rujukan sahaja. Sekiranya terdapat pelanggaran hak cipta atau harta intelek, sila tinggalkan mesej.