Thu Feb 12
J.P. MorganTradeflow:革新您的交易體驗
Wed Feb 11
EP雅瑩攜東方美學深耕東南亞市場,以服飾為橋共迎新春
Mon Feb 09
2025-02-06
HaiPress

Foto BERNAMA
KUALA LUMPUR,5 Februari-Biasiswa Yang Di-Pertuan Agong (BYDPA) 2025 kini boleh dimohon bermula 3 hingga 28 Februari.
Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) memaklumkan bahawa keutamaan diberi kepada individu cemerlang dalam bidang akademik dan bukan akademik,selain mempunyai daya kepimpinan tinggi.
"Biasiswa tersebut ditawarkan kepada pelajar peringkat Sarjana (Penyelidikan) dan Doktor Falsafah (PhD) secara sepenuh masa di institusi pengajian tinggi tempatan atau universiti terkemuka dunia dalam bidang strategik.
"Ini termasuk Sains,Teknologi,Kejuruteraan dan Matematik (STEM),ekonomi,undang-undang,kewangan Islam serta kecerdasan buatan (AI).
"Calon yang berminat boleh mengemukakan permohonan secara dalam talian melalui portal rasmi JPA," menurut kenyataan itu.