Thu Feb 12
J.P. MorganTradeflow:革新您的交易體驗
Wed Feb 11
EP雅瑩攜東方美學深耕東南亞市場,以服飾為橋共迎新春
Mon Feb 09
2025-02-12
HaiPress

Foto Hiasan
KUALA LUMPUR,12 Februari- Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives didagangkan lebih kukuh ketika awal dagangan pada Rabu.
Pada pukul 9.20 pagi,Februari 2025 meningkat 8.0 mata kepada 1,599.0; Mac 2025 menambah 7.0 mata kepada 1,579.5; Jun 2025 naik 6.0 mata kepada 1,582.00; dan September 2025 menokok 4.0 mata kepada 1,568.5.
Jumlah dagangan mencecah 1,520 lot manakala kepentingan terbuka sebanyak 35,551 kontrak.
Selepas 20 minit dagangan,indeks penanda aras FBM KLCI meningkat 8.3 mata kepada 1,598.25 daripada 1,589.95 ketika ditutup pada Isnin.
Bursa Malaysia ditutup pada Selasa sempena cuti umum perayaan Thaipusam.- BERNAMA