Thu Feb 12
J.P. MorganTradeflow:革新您的交易體驗
Wed Feb 11
EP雅瑩攜東方美學深耕東南亞市場,以服飾為橋共迎新春
Mon Feb 09
2025-03-03
HaiPress

Foto Facebook APM Telupid
KOTA KINABALU,2 Mac- Banjir di Telupid,Sabah pulih sepenuhnya selepas lima pusat pemindahan sementara (PPS) ditutup pagi tadi.
Penutupan kesemua PPS itu diisytihar Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah,Celestine Jetony.
Beliau menerusi satu kenyataan memaklumkan,penutupan PPS dibuat setelah melakukan pemeriksaan dan mendapati kawasan dan kediaman penduduk terjejas selamat untuk didiami.
Sebelum ini,lima PPS yang dibuka di Telupid menempatkan 350 penduduk terjejas melibatkan 102 keluarga.
Dalam perkembangan lain,berdasarkan infografik Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri,dua PPS dibuka di Likas bagi menempatkan 511 mangsa kebakaran.
Kebakaran yang berlaku di Kg Cempaka,Likas semalam,memusnahkan 80 struktur setinggan.