Thu Feb 12
J.P. MorganTradeflow:革新您的交易體驗
Wed Feb 11
EP雅瑩攜東方美學深耕東南亞市場,以服飾為橋共迎新春
Mon Feb 09
2025-03-10
HaiPress

Foto Hiasan
KUALA LUMPUR,7 Mac – Aset rizab rasmi Malaysia meningkat kepada AS$118.3 bilion setakat 28 Februari lalu,berbanding AS$117.7 bilion yang direkodkan pada 14 Februari.
Bank Negara Malaysia (BNM) menerusi kenyataan memaklumkan paras rizab tersebut mencukupi untuk membiayai 5.0 bulan import barangan dan perkhidmatan serta 0.9 kali jumlah hutang luar negeri jangka pendek.
Komponen utama rizab itu merangkumi rizab mata wang asing sebanyak AS$105.9 bilion,kedudukan rizab Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) berjumlah AS$1.2 bilion,serta hak pengeluaran khas bernilai AS$5.7 bilion.