Thu Feb 12
J.P. MorganTradeflow:革新您的交易體驗
Wed Feb 11
EP雅瑩攜東方美學深耕東南亞市場,以服飾為橋共迎新春
Mon Feb 09
2025-03-10
IDOPRESS

Kebakaran membabitkan kotak kawalan papan pengedaran elektrik (DB) di Loji Rawatan Air LRA Bukit Pinang
POKOK SENA,9 Mac- Sebuah kotakkawalan papan pengedaran elektrik (DB) di Loji Rawatan Air LRA Bukit Pinang terbakar petang tadi.
Ketua Balai Bomba Penyelamat BBP Pokok Sena Pegawai Bomba Tinggi II,Bakar Saad menerusi kenyataan berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan kebakaran itu kira- kira pukul 3.11 petang.
Katanya sebuah jentera dari BBP Pokok Sena yang tiba di lokasi kejadian mendapati telah berlaku kebakaran DB dan bekalan elektrik telah dipotong Tenaga Nasional Berhad.
Kebakaran dapat dikawal beberapa minit kemudian.
Terdahulu,Syarikat Air Darul Aman Sdn Bhd dalam kenyataan memaklumkan sebanyak 65,000 akaun pengguna terjejas bekalan air terawat apabila LRA Bukit Pinang Fasa 1,2 dan 3 dihentikan tugas operasi 4.30 petang tadi .
Pemberhentian disebabkan litar pintas dan kerosakan pada sistem dalaman elektrikal pam air mentah.
Dua daerah terjejas iaitu Kota Setar dan Kubang Pasu termasuk bandaraya Alor Setar.