Thu Feb 12
J.P. MorganTradeflow:革新您的交易體驗
Wed Feb 11
EP雅瑩攜東方美學深耕東南亞市場,以服飾為橋共迎新春
Mon Feb 09
2025-03-13
HaiPress

Timbalan Menteri Komunikasi,Teo Nie Ching / Foto Bernama
KUALA LUMPUR,13 Mac – Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) bersedia bekerjasama dengan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) bagi menangani isu ketagihan media sosial yang semakin membimbangkan.
Timbalan Menteri Komunikasi,Teo Nie Ching berkata pihaknya juga boleh mengeluarkan garis panduan yang selamat bagi mengawal selia penyedia platform media sosial.
"Kami boleh mengeluarkan garis panduan untuk mengawal selia penyedia platform supaya mereka menyediakan persekitaran yang lebih selamat,terutamanya bagi pengguna di bawah umur 18 tahun.
"Bagi pengguna dewasa pula,setiap individu perlu bertanggungjawab terhadap pilihan mereka. Jika ketagihan ini menjejaskan kesihatan mental,kami sedia bekerjasama dengan KKM kerana mereka mempunyai kepakaran dalam bidang ini," katanya di Dewan Negara,hari ini.
Beliau berkata demikian ketika menjawab pertanyaan Senator Azahar Hassan mengenai langkah kementerian dalam menangani cabaran ketagihan media sosial dalam kalangan pengguna.
Tambah Nie Ching,MCMC juga komited untuk melaksanakan perkongsian maklumat bagi meningkatkan kesedaran dan pendidikan masyarakat mengenai penggunaan media sosial secara bertanggungjawab dan berhemah.