Thu Feb 12
J.P. MorganTradeflow:革新您的交易體驗
Wed Feb 11
EP雅瑩攜東方美學深耕東南亞市場,以服飾為橋共迎新春
Mon Feb 09
2025-04-11
IDOPRESS

Taman Sri Jaya Klang dan Kampung Sungai Merab Luar,Kajang dilanda banjir kilat pada awal pagi tadi
KAJANG,11 April- Dua kejadian banjir kilat dilaporkan berlaku serentak awal pagi tadi membabitkan kawasan di Taman Sri Jaya Klang dan Kampung Sungai Merab Luar,Kajang.
Seramai 23 mangsa berjaya diselamatkan dalam operasi Jabatan Bomba Malaysia dan Penyelamat (JBPM).
Menerusi kenyataan JBPM,banjir yang berlaku di Klang melibatkan 10 buah rumah terdiri daripada lapan mangsa yang dipindahkan oleh anggota BBP Kapar dengan bantuan BBP Sri Andalas.
Sementara itu di Kajang,banjir setinggi empat kaki mebabitkan 12 buah rumah dengan 15 mangsa yang berjaya diselamatkan oleh BBP Dengkil.
Kedua-dua operasi tu berjalan dengan lancar dengan pemantauan komander operasi.
Turut dilaporkan keadaan air semakin surut.