Thu Feb 12
J.P. MorganTradeflow:革新您的交易體驗
Wed Feb 11
EP雅瑩攜東方美學深耕東南亞市場,以服飾為橋共迎新春
Mon Feb 09
2025-04-14
HaiPress

Gambar hiasan
KUALA LUMPUR,11 April - Pasaran getah Malaysia ditutup tinggi hari ini,disokong oleh harga minyak mentah yang stabil dan kenaikan niaga hadapan getah serantau didorong oleh niaga hadapan getah Shanghai yang meningkat,kata peniaga.
Beliau berkata sentimen pasaran turut disokong oleh kebimbangan mengenai kekurangan bahan mentah berikutan musim daun gugur di negara-negara pengeluar getah asli dan keyakinan yang meningkat mengenai potensi langkah rangsangan ekonomi China.
“Bagaimanapun,kenaikan seterusnya dikekang oleh ringgit yang lebih kukuh berbanding dolar AS dan ketegangan perdagangan China-AS yang meruncing,meningkatkan ketidaktentuan ekonomi global,” katanya kepada Bernama.
Setakat 3 petang,Lembaga Getah Malaysia (LGM) melaporkan harga Standard Malaysian Rubber (SMR) 20 meningkat 5.5 sen kepada 762.5 sen sekilogram manakala susu getah pukal kekal tidak berubah pada 657 sen sekilogram. - BERNAMA