Thu Feb 12
J.P. MorganTradeflow:革新您的交易體驗
Wed Feb 11
EP雅瑩攜東方美學深耕東南亞市場,以服飾為橋共迎新春
Mon Feb 09
2025-05-06
HaiPress

Datuk Fahmi menyifatkan Allahyarham Sophia sebagai seniwati unggul yang memberi sumbabangan besar kepada industri seni./ Foto Bernama
KUALA LUMPUR 6 Mei: Menteri Komunikasi Datuk Fahmi Fadzil mengucapkan takziah kepada keluarga seniwati Sophia Ibrahim yang meninggal dunia malam tadi.
Menyifatkan Allahyarham seorang bintang seni unggul,beliau berkata Sophia telah menyumbang secara signifikan kepada perkembangan dunia perfileman sejak era 1960-an .
"Sepanjang perjalanan kerjayanya,beliau bukan sahaja menyerikan pentas lakonan malah turut membentuk warisan yang begitu bermakna dalam khazanah sinema Melayu.
"Saya pasti pemergian beliau amat dirasai oleh seluruh rakyat Malaysia,khususnya para peminat filem Melayu dan seni budaya," katanya menerusi hantaran di platform X.