Thu Feb 12
J.P. MorganTradeflow:革新您的交易體驗
Wed Feb 11
EP雅瑩攜東方美學深耕東南亞市場,以服飾為橋共迎新春
Mon Feb 09
2025-05-15
HaiPress

Putin menggesa siasatan rapi dan menyeluruh dijalankan selain isu tersebut tidak dipolitikkan
MOSCOW,15 Mei - Isu berkaitan pesawat Malaysia Airlines MH17 yang ditembak jatuh di Ukraine pada 2014 sudah dibangkitkan Perdana Menteri,Datuk Seri Anwar Ibrahim semasa pertemuan dengan Presiden Rusia,Vladimir Putin.
Pertemuan itu berlangsung di Kremlin,Moscow.
Datuk Seri Anwar memaklumkan,Putin menggesa siasatan rapi dan menyeluruh dijalankan selain isu tersebut tidak dipolitikkan.
Rusia juga sedia memberikan kerjasama untuk memastikan laporan tersebut lebih berwibawa.
"Presiden Putin mendengar dengan teliti serta menyatakan rasa simpati dan takziah kepada keluarga mangsa," katanya kepada media Malaysia yang mengikuti lawatan rasmi beliau ke Rusia di sini.
Maklum balas yang diberikan Putin akan dijelaskan kepada keluarga mangsa.
Isnin lepas,Majlis Penerbangan Pertubuhan Bangsa Bersatu memutuskan Rusia bertanggungjawab menembak jatuh pesawat MH17.
Insiden,mengorbankan 298 individu termasuk penumpang dan anak kapal.