Thu Feb 12
J.P. MorganTradeflow:革新您的交易體驗
Wed Feb 11
EP雅瑩攜東方美學深耕東南亞市場,以服飾為橋共迎新春
Mon Feb 09
2025-05-19
HaiPress

Ketua Pengarah JAWHAR,Datuk Selamat Paigo
BANDARAYA MELAKA,18 Mei- Jabatan Wakaf,Zakat dan Haji (JAWHAR) bercadang untuk mengaplikasikan penggunaan kecerdasan buatan (AI) bagi menambah baik sistem pembayaran zakat secara digital.
Ketua Pengarahnya,Datuk Selamat Paigo berkata melalui teknologi baharu itu pengguna akan diberi pengalaman membayar zakat seperti secara fizikal.
"Bila fizikal ini,semasa berjumpa untuk membayar zakat ada doa khas. Jadi bila dia (pembayar zakat) dapat mengaminkan doa kepada diri dia,itu memang seronok,rasa sangat-sangat puas. Jadi saya bincang dengan mereka,kalau secara online lebih ramai datang,hendak buat bagaimana... gunakan AI. Habis sahaja zakat online itu,akan ada orang yang mendoakan",katanya kepada pemberita dalam Simposium Zakat 2025: Kelestarian Tatakelola Pengurusan Zakat,di Bandaraya Melaka.
Cadangan tersebut dibuat susulan,kaedah pembayaran zakat secara digital semakin mendapat sambutan menggalakkan dengan jumlah kutipan zakat terus menunjukkan peningkatan.
Perkongsian mengenai penggunaan AI itu antara yang dibentangkan pada Simposium Zakat 2025; Kelestarian Tatakelola Pengurusan Zakat yang berlangsung di Bandaraya Melaka bermula hari ini hingga esok.
Simposium itu diharap dapat memperkasa institusi zakat melalui idea-idea baharu dan perkongsian pendapat.