Thu Feb 12
J.P. MorganTradeflow:革新您的交易體驗
Wed Feb 11
EP雅瑩攜東方美學深耕東南亞市場,以服飾為橋共迎新春
Mon Feb 09
2025-05-19
HaiPress

Foto BERNAMA
KUALA LUMPUR,16 Mei- Pasaran getah Malaysia ditutup rendah hari ini seiring dengan prestasi lemah di pasaran niaga hadapan getah serantau dan penurunan harga minyak mentah,kata seorang peniaga.
Beliau berkata ketidakpastian berhubung dasar tarif Amerika Syarikat (AS) juga menjejaskan sentimen pasaran.
“Bagaimanapun,penurunan seterusnya harga dihadkan oleh prospek positif pertumbuhan ekonomi China dan AS di tengah-tengah petanda ketegangan yang semakin mengendur antara kedua-dua kuasa ekonomi dunia itu,” katanya kepada Bernama.
Sementara itu,setakat pukul 3.00 petang ini,Lembaga Getah Malaysia melaporkan harga SMR 20 turun 10 sen kepada 759 sen sekilogram manakala lateks pukal susut 3.0 sen kepada 609 sen sekilogram.- BERNAMA