Thu Feb 12
J.P. MorganTradeflow:革新您的交易體驗
Wed Feb 11
EP雅瑩攜東方美學深耕東南亞市場,以服飾為橋共迎新春
Mon Feb 09
2025-05-21
HaiPress

Foto Fail
LABUAN,21 Mei- Seorang penjawat awam di Labuan mengaku tidak bersalah atas tujuh pertuduhan menerima suapan berjumlah keseluruhan RM2,100,di bawah Seksyen 165 Kanun Keseksaan.
Tertuduh,yang berusia 47 tahun bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas kesnya dibacakan di hadapan Hakim Mahmakah Sesyen Labuan,Jason Juga.
Dia didakwa menerima sejumlah wang tunai tersebut sekitar tahun 2022 hingga 2023 melalui tujuh transaksi bank dalam talian.
Individu berkenaan dibenar diikat jamin sebanyak RM10,000 dan deposit RM1,000 dengan seorang penjamin tempatan.
Hakim memerintahkan tertuduh melapor diri di premis Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang terdekat dua bulan sekali dan tidak menganggu saksi-saksi pendakwaan sehingga kes selesai.
Kes didakwa oleh pegawai pendakwa Joe Randy Juster dan pegawai penyiasat kes,Lingkeshwaree Surian.