Thu Feb 12
J.P. MorganTradeflow:革新您的交易體驗
Wed Feb 11
EP雅瑩攜東方美學深耕東南亞市場,以服飾為橋共迎新春
Mon Feb 09
2025-05-23
HaiPress

Foto UiTM Perlis
ARAU,23 Mei - Harumanis bukan sekadar hasil pertanian malah menjadi tanaman utama yang menyumbang kepada pendapatan dan kelestarian kampus.
Rektor UiTM Perlis Profesor Madya Dr. Ahmad Nizam Mat Noor berkata,menerusi pertukaran kepakaran pihaknya dan penyelidik terkemuka dari Institute of Tropical and Subtropical Cash Crops (ITSCC),China kampus dapat meningkatkan kualiti dan hasil pengeluaran manga harumanis.
Selain menjadikan UiTM cawangan Perlis sebagai penanda aras produk harumanis berkualiti.
'' UiTM terus komited memperkukuh jaringan penyelidikan antarabangsa demi kemajuan ilmu dan komuniti sejagat," katanya ketika menerima delegasi Institute of Tropical and Subtropical Cash Crops (ITSCC) yang diketuai Timbalan Pengarahnya,Profesor Madya Zhang Cuixian.
UiTM Perlis menerima kunjungan hormat delegasi ITSCC,China bagi lawatan kerja dan penandaarasan penyelidikan berkaitan tanaman tropika,khususnya ladang dan pokok harumanis.