Thu Feb 12
J.P. MorganTradeflow:革新您的交易體驗
Wed Feb 11
EP雅瑩攜東方美學深耕東南亞市場,以服飾為橋共迎新春
Mon Feb 09
2025-05-27
HaiPress

Musim durian kembali mewarnai Balik Pulau,antara lokasi paling ikonik bagi penggemar raja buah di Pulau Pinang / Foto RTM
BALIK PULAU,27 Mei – Musim durian kembali mewarnai Balik Pulau,antara lokasi paling ikonik bagi penggemar raja buah di Pulau Pinang.
Musim durian di Pulau Pinang lazimnya berlangsung dari sekarang hingga akhir Julai,dan kawasan Balik Pulau terus menjadi tumpuan berikutan reputasinya sebagai pengeluar durian berkualiti tinggi.
Menurut seorang peniaga,Abdullah Suhaimi Ismail harga durian pada permulaan musim agak tinggi,namun dijangka menurun dalam tempoh satu hingga dua minggu sebelum kembali meningkat menjelang penghujung musim.
“Buah macam biasa,tiap-tiap tahun berbuah. Buah banyak. Harga permulaan ini memang dia tinggi sikitlah,dalam seminggu dua lagi dia akan turun,lepas itu penghujung dia naik balik. Buah banyak,jangan takut,” katanya.
Salah seorang pelanggan,Siti Nazifa Yahaya berkata faktor warna dan rasa menjadi keutamaan dalam pemilihan buah.
“Saya lebih suka buah yang warna kuning sebab buah dia lebih manis berbanding isi putih. Kalau harga itu tidak mahal sangat,okey lah,baru saya beli,” katanya.
Minat terhadap durian Balik Pulau turut menarik pengunjung dari luar negeri. Seorang peminat durian,Prisshan Nathan sanggup datang dari Selangor semata-mata untuk merasai keunikan durian tempatan,di sini.
“Saya dari Banting,Selangor. Saya sanggup datang ke Balik Pulau sebab durian di sini memang sedap dan rasa dia berbeza daripada durian di negeri lain," katanya.
Musim ini dijangka terus meriah dengan peningkatan kehadiran pelancong domestik dan antarabangsa yang ingin menikmati keenakan durian Balik Pulau,yang telah lama sinonim dengan Pulau Pinang. Peniaga pula optimis musim kali ini akan mencatatkan jualan memberangsangkan.