Thu Feb 12
J.P. MorganTradeflow:革新您的交易體驗
Wed Feb 11
EP雅瑩攜東方美學深耕東南亞市場,以服飾為橋共迎新春
Mon Feb 09
2025-05-30
HaiPress

Penolong Pengarah Kanan YADIM Pulau Pinang Zuhri Husain ditemui pemberita selepas menghadiri Program Kalam Mufti: Tausiyyah dan Soal Jawab serta Pelancaran Projek Nilam Prospek Penjara Seberang Perai
JAWI,30 Mei - Kompleks Penjara Seberang Perai dipilih sebagai lokasi perintis bagi pelaksanaan Projek Nadi Ilmu Amalan Membaca (NILAM) anjuran Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Pulau Pinang.
Penolong Pengarah Kanan YADIM Pulau Pinang Zuhri Husain berkata,program itu dijalankan dengan kerjasama Jabatan Penjara Malaysia dan Jabatan Mufti Pulau Pinang sebagai sebahagian usaha memartabat budaya membaca serta memupuk pembangunan sahsiah dalam kalangan penghuni penjara.
Katanya,inisiatif tersebut juga dapat membantu prospek melengkapkan diri dengan ilmu sebagai bekalan untuk membina masa depan selepas tamat menjalani hukuman.
"Dan mungkin sekiranya berjaya,YADIM merancang untuk meluaskan pelaksanaannya ke penjara-penjara lain di seluruh negara,khususnya melibatkan aktiviti pembacaan.
Selepas itu penilaian akan dibuat,dan akhirnya akan ada sedikit perumusan atau ulasan daripada pihak prospek. Dan kita akan pilih mereka ini sebagai pemenang lah," katanya kepada pemberita selepas menghadiri Program Kalam Mufti: Tausiyyah dan Soal Jawab serta Pelancaran Projek Nilam Prospek Penjara Seberang Perai.
Projek Nadi Ilmu Amalan Membaca akan berlangsung selama sebulan bermula 1 Jun ini.