Thu Feb 12
J.P. MorganTradeflow:革新您的交易體驗
Wed Feb 11
EP雅瑩攜東方美學深耕東南亞市場,以服飾為橋共迎新春
Mon Feb 09
2025-05-30
IDOPRESS

Datuk Seri Alexander bercakap pada sidang media selepas melancarkan buku “Commemorating Century of Kapit Peacemaking,1924-2024” di Kuching
KUCHING,30 Mei- Impian untuk mewujudkan Dataran Bujang Berani di Kapit kini semakin hampir menjadi kenyataan,sebagai simbol perjuangan pahlawan masyarakat Dayak di Kapit.
Menteri Kerja Raya merangkap Ahli Parlimen Kapit,Datuk Seri Alexander Nanta Linggi,berkata projek itu bakal menjadi tanda penghormatan kepada Perjanjian Perdamaian 100 Tahun antara kaum Iban dan Orang Ulu yang pernah dicapai di Kapit.
“Cadangan Dataran Bujang Berani ini akan diwujudkan berhampiran Kubu Fort Sylvia sebagai landskap ikonik,menandakan Kapit sebagai wilayah penting di pedalaman Sarawak yang kaya dengan warisan masyarakat Dayak,termasuk Iban,Kayan,Kenyah dan lain-lain,” katanya.
Beliau berkata demikian selepas melancarkan buku “Commemorating Century of Kapit Peacemaking,1924-2024” di Kuching.
Datuk Seri Alexander turut menegaskan sumbangan besar masyarakat Dayak dalam pembangunan negara sejak sebelum penubuhan Malaysia hingga ke hari ini.
Sementara itu,Kapit terus memainkan peranan penting dalam memartabatkan adat dan budaya Dayak,khususnya kaum Iban yang menjadi tonggak budaya di Sarawak.