Thu Feb 12
J.P. MorganTradeflow:革新您的交易體驗
Wed Feb 11
EP雅瑩攜東方美學深耕東南亞市場,以服飾為橋共迎新春
Mon Feb 09
2025-06-11
HaiPress

Allahyarhamah Jamaliah Masron / Foto TH
MEKAH,11 Jun - Seorang lagi jemaah haji Malaysia meninggal dunia di tanah suci,menjadikan jumlah keseluruhan kematian yang ke-11 bagi musim Haji 1446H,setakat ini.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama),Datuk Dr Mohd Na'im Mokhtar berkata seorang jemaah wanita,Jamaliah Masron,68 tahun,berasal dari Kota Tinggi,Johor,mengalami serangan jantung.
Allahyarhamah menghembuskan nafas terakhir pada Isnin (9 Jun 2025) pukul 6.05 petang waktu tempatan di klinik Kecemasan Bangunan Abraj Janadriyah.
"Lembaga Tabung Haji (TH) telah menghubungi waris kepada jemaah serta mengurus sepenuhnya segala keperluan berkaitan pengurusan jenazah dan kebajikan jemaah terlibat." katanya menerusi kenyataan.
Datuk Dr. Mohd Na'im bersama seluruh barisan pengurusan tertinggi TH merakamkan ucapan takziah kepada waris serta ahli keluarga arwah.
Selain mendoakan rohnya dicucuri rahmat selain diterima segala niat mengerjakan rukun Islam kelima itu.