Thu Feb 12
J.P. MorganTradeflow:革新您的交易體驗
Wed Feb 11
EP雅瑩攜東方美學深耕東南亞市場,以服飾為橋共迎新春
Mon Feb 09
2025-06-17
IDOPRESS

Semakan pengambilan pelatih PLKN 3.0 untuk siri 3 dibuka esok./BERNAMA
KUALA LUMPUR,16 Jun - Semakan pengambilan pelatih Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) 3.0 bagi Siri 3 Tahun 2025 dibuka bermula pukul 10 pagi esok.
Jabatan Latihan Khidmat Negara (JLKN) dalam kenyataan memaklumkan,semakan boleh dibuat menerusi laman sesawang atau pautan sistem PLKN 3.0 dihttps://plkn.mod.gov.my/pelatih/semakan/form.
Bagi memastikan kelancaran proses pendaftaran dan pentadbiran,pelatih yang terpilih perlu memberi maklum balas kehadiran melalui pautan itu sehingga 11 Julai ini.
“Sebarang maklumat lanjut berhubung perkara ini,sila hubungi Unit Pelatih,Sektor Latihan,JLKN di talian 03-4013 (Sambungan: 3612/3613/3614/3604/3603/3626) atau layari laman sesawang https://jlkn.mod.gov.my,” menurut kenyataan itu.
PLKN 3.0 bagi Siri 3 Tahun 2025 akan diadakan bermula 7 September hingga 21 Oktober ini,melibatkan dua kem Askara Wataniah iaitu Regiment 515 di sini dan Regiment 505 di Pekan,Pahang.
Sebelum ini,sebanyak 550 pelatih terdiri daripada 350 pelatih lelaki dan 200 pelatih wanita menyertai PLKN 3.0 Siri 2/2025,yang dijadualkan tamat pada 24 Jun ini.