Thu Feb 12
J.P. MorganTradeflow:革新您的交易體驗
Wed Feb 11
EP雅瑩攜東方美學深耕東南亞市場,以服飾為橋共迎新春
Mon Feb 09
2025-07-03
IDOPRESS

Foto RTM
ROM,2 Julai- Buku 'The Asian Renaissance' hasil nukilan Perdana Menteri,Datuk Seri Anwar diterjemah ke dalam bahasa Itali.
Versi asal naskhah itu diterbitkan lebih dua dekad lepas dalam bahasa Inggeris.
Buku diterjemahpenterjemah,tempatan Andrea Fais dan diterbitkan Stefano Bonilauri.
Karya menggariskan gagasan besar mengenai kebangkitan semula tamadun Asia melalui nilai ilmu,budaya,keterbukaan dan keadilan sebagai tindak balas terhadap ketidakseimbangan global dan dominasi wacana Barat.
Perdana Menteri mengakui terharu dengan dedikasi sarjana Itali dalam menterjemahkan karya tersebut.
Menurut beliau,usahamembolehkan idea besar tentang demokrasi dan pembangunan berteraskan nilai dapat dikongsi dan difahami lebih meluas oleh khalayak antarabangsa.
Ia berpotensi menjadi jambatan pemikiran dan idea merapatkan jurang kefahaman Timur dan Barat terutama dalam landskap dunia yang berpecah belah.
Perdana Menteri berharap karya itu terus menjadi sumber inspirasi dalam usaha memperjuangkan kebangkitan semula nilai kemanusiaan,ilmu dan keadilan sejagat.