Thu Feb 12
J.P. MorganTradeflow:革新您的交易體驗
Wed Feb 11
EP雅瑩攜東方美學深耕東南亞市場,以服飾為橋共迎新春
Mon Feb 09
2025-07-10
HaiPress

Majlis pertukaran dokumen kerjasama turut disaksikan Menteri Besar Selangor,Datuk Seri Amirudin Shari.
SHAH ALAM,8 Julai - Pulau Carey di Selangor bakal berperanan sebagai hab strategik pembangunan masa depan menerusi penubuhan Taman Edu-Tek dan Hab Sekuriti Makanan.
Projek berimpak tinggi itu dilaksanakan menerusi inisiatif Permodalan Negeri Selangor Berhad (PNSB) bersama rakan strategik; SD Guthrie,IJM Corporation Berhad dan Yayasan Selangor.
Majlis pertukaran dokumen kerjasama turut disaksikan Menteri Besar Selangor,Datuk Seri Amirudin Shari.
Menurut beliau,inisiatif ini dijangka merubah landskap pembangunan di bahagian selatan negeri Selangor,sekali gus meletakkan Pulau Carey sebagai pusat tumpuan baharu berasaskan teknologi dan kelestarian.
"Taman Edu-Tek akan mengetengahkan teknologi kecerdasan buatan (AI),infrastruktur pintar dan tenaga hijau,manakala Hab Sekuriti Makanan pula menyokong kelestarian rantaian bekalan makanan negara," jelasnya.