1,127 projek perumahan 'sakit' berjaya dipulihkan - KPKT

2025-07-30     HaiPress

Nga Kor Ming memberitahu 1,127 projek perumahan swasta 'sakit' berjaya dipulihkan sehingga Mei 2025.

KUALA LUMPUR,30 Julai - Sebanyak 1,127 projek perumahan swasta 'sakit' berjaya dipulihkan sehingga Mei 2025,melibatkan 135,211 unit rumah dengan nilai keseluruhan RM106.48 bilion.

Kejayaan itu hasil usaha Pasukan Petugas Khas Projek Perumahan Swasta Sakit dan Terbengkalai (TFST) di bawah Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT).

Menterinya,Nga Kor Ming berkata,antara projek terbaharu yang dipulihkan ialah Residensi Hektar Gombak yang menerima suntikan dana RM125 juta untuk menyambung semula pembinaan.

“Saya jangka dan berharap kerja pemulihan ini siap sepenuhnya menjelang 2027.

"Jika pemaju masih gagal menyerahkan kunci selepas itu,saya tidak teragak-agak untuk menyenaraihitamkan mereka termasuk ahli lembaga pengarah,” katanya selepas sesi lawatan kerja ke tapak projek itu di ibu negara.

Projek Residensi Hektar Gombak merupakan sebahagian daripada Program Residensi Wilayah (RUMAWIP),melibatkan 2,400 unit rumah mampu milik.

Ia mula dibangunkan pada 2018 namun gagal disiapkan mengikut tarikh asal dalam Perjanjian Jual Beli (S&P) iaitu Mei 2022.

Penafian: Artikel ini diterbitkan semula dari media lain. Tujuan mencetak semula adalah untuk menyampaikan lebih banyak maklumat. Ini tidak bermakna laman web ini bersetuju dengan pandangannya dan bertanggungjawab ke atas keasliannya, dan tidak menanggung tanggungjawab undang-undang. Semua sumber di laman web ini dikumpulkan di Internet. Tujuan perkongsian adalah untuk pembelajaran dan rujukan sahaja. Sekiranya terdapat pelanggaran hak cipta atau harta intelek, sila tinggalkan mesej.