Thu Feb 12
J.P. MorganTradeflow:革新您的交易體驗
Wed Feb 11
EP雅瑩攜東方美學深耕東南亞市場,以服飾為橋共迎新春
Mon Feb 09
2025-08-01
HaiPress

FOTO FB Anwar Ibrahim
KUALA LUMPUR,31 Julai – Perdana Menteri,Datuk Seri Anwar Ibrahim menyuarakan rasa bimbang dan simpati mendalam susulan gempa bumi kuat yang melanda kawasan timur jauh Rusia baru-baru ini,antara yang terkuat pernah direkodkan,hingga mencetuskan amaran tsunami di seluruh Lautan Pasifik.
“Sama seperti ramai yang lain,saya mengikuti amaran tsunami yang dikeluarkan di seluruh wilayah Pasifik dengan hati yang berat,menyedari betapa besar risiko yang dihadapi komuniti dari Kamchatka hingga ke Jepun,Guam dan kawasan sekitarnya,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Perdana Menteri turut melahirkan kelegaan apabila setakat ini tiada laporan kehilangan nyawa atau kerosakan besar,sambil menghargai keberkesanan sistem amaran awal dan kecekapan pasukan penyelamat dalam melindungi orang ramai.
“Saya amat lega bahawa setakat ini,tiada laporan korban serius atau kerosakan besar. Ini hasil tindakan pantas sistem amaran awal serta pasukan kecemasan yang segera bertindak menyelamatkan nyawa,” katanya.