Thu Feb 12
J.P. MorganTradeflow:革新您的交易體驗
Wed Feb 11
EP雅瑩攜東方美學深耕東南亞市場,以服飾為橋共迎新春
Mon Feb 09
2025-08-28
HaiPress

Datuk Seri Fadillah Yusof dan Simon Watts (kanan) pada Mesyuarat Menteri-Menteri Tenaga APEC (APEC EMM15),Busan
BUSAN,27 Ogos - Malaysia dan New Zealand bersetuju untuk meneroka kerjasama dalam bidang tenaga khususnya dalam bidang tenaga geoterma.
Perkara itu dinyatakan Timbalan Perdana Menteri,Datuk Seri Fadillah Yusof selepas mengadakan mesyuarat dua hala bersama Menteri Perubahan Iklim dan Tenaga New Zealand,Simon Watts sempena Mesyuarat Menteri-Menteri Tenaga APEC (APEC EMM15) di sini.
Perbincangan dua hala itu merangkumi pelbagai topik bawah sektor tenaga seperti peluang pelaburan dalam bidang peralihan tenaga dan kerjasama dalam perubahan iklim.
Selain itu,Datuk Seri Fadillah turut mengadakan pertemuan dua hala bersama Menteri Luar dan Menteri Perdagangan dan Industri Singapura,Gan Siow Huang.
Menerusi perbincangan antara kedua-duanya,mereka sepakat untuk memberi fokus
kepada pengukuhan grid Tenaga ASEAN dengan perluasan rangkaian
kesalinghubungan di rantau itu.