Thu Feb 12
J.P. MorganTradeflow:革新您的交易體驗
Wed Feb 11
EP雅瑩攜東方美學深耕東南亞市場,以服飾為橋共迎新春
Mon Feb 09
2025-08-29
HaiPress

Foto RTM
LABUAN,28 Ogos - Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) meluluskan pembinaan 13 buah rumah bantuan baharu pada tahun ini melalui Skim Bantuan Membina Rumah di Labuan.
Jumlah kelulusan itu membabitkan peruntukan sebanyak RM2.1 juta
Pengerusi MAIWP,Datuk Syed Kamarulzaman Syed Kabeer berkata pembinaan rumah baharu itu yang dipohon oleh asnaf di Labuan dilaksanakan secara berperingkat.
Beliau berkata pembinaan sebuah rumah baharu diperuntukkan RM100,000.
Selain itu,MAIWP juga meluluskan pemberian kelengkapan perabot asas bernilai RM10,000.
“Ini merupakan usaha MAIWP yang berterusan itu kita melihat kepada keperluan asnaf sama ada di Labuan atau pun di Kuala Lumpur dan Putrajaya dan melihat keperluan mereka dan kita cuba menyantuni dan memberi keperluan yang mereka memerlukan”,katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyempurnakan simbolik penyerahan rumah baharu kepada asnaf di sini.
Dalam pada itu,Misnah Chumin,67 tahun dari Kampung Lajau dan Rosnah Bidin,57 tahun dari Kampung Pohon Batu menerima rumah berkenaan.