Keganasan rumah tangga: Lelaki juga berhak dilindungi

2025-09-03     HaiPress

Timbalan Menteri Pembangunan Wanita,Keluarga dan Masyarakat,Datuk Seri Dr Noraini Ahmad

KUALA LUMPUR,3 September -Kerajaan memberi jaminan bahawa perlindungan terhadap mangsa keganasan rumah tangga bukan hanya terhad kepada wanita,malah turut merangkumi lelaki.

Timbalan Menteri Pembangunan Wanita,Datuk Seri Dr Noraini Ahmad berkata,kementerian prihatin terhadap keganasan rumah tangga melibatkan lelaki walaupun kes seumpamanya dilaporkan pada kadar yang lebih rendah.

“Kerajaan bukan hanya memberi perlindungan kepada wanita,tetapi juga lelaki yang menjadi mangsa. Pada masa sama,kita berusaha mengubah naratif bahawa lelaki tidak memerlukan bantuan. Usaha ini penting untuk memastikan keluarga dan masyarakat hidup selamat serta bebas daripada segala bentuk keganasan,” katanya ketika menjawab pertanyaan Senator Datuk Nelson W Angang di Dewan Negara,hari ini.

Noraini berkata,semua kes keganasan rumah tangga disiasat mengikut Akta Keganasan Rumah Tangga 1994 (Akta 521) yang terpakai kepada wanita dan lelaki.

Beliau menambah,kementerian turut menubuhkan Jawatankuasa Keganasan Rumah Tangga pada 2019 bagi menyelaras tindakan bersama agensi berkaitan,selain memperkukuh usaha mengubah persepsi masyarakat terhadap peranan lelaki dalam isu berkenaan.

Penafian: Artikel ini diterbitkan semula dari media lain. Tujuan mencetak semula adalah untuk menyampaikan lebih banyak maklumat. Ini tidak bermakna laman web ini bersetuju dengan pandangannya dan bertanggungjawab ke atas keasliannya, dan tidak menanggung tanggungjawab undang-undang. Semua sumber di laman web ini dikumpulkan di Internet. Tujuan perkongsian adalah untuk pembelajaran dan rujukan sahaja. Sekiranya terdapat pelanggaran hak cipta atau harta intelek, sila tinggalkan mesej.