Thu Feb 12
J.P. MorganTradeflow:革新您的交易體驗
Wed Feb 11
EP雅瑩攜東方美學深耕東南亞市場,以服飾為橋共迎新春
Mon Feb 09
2025-09-23
HaiPress

Foto BBP Hang Tuah
KUALA LUMPUR,22 September -Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kuala Lumpur menerima beberapa panggilan kecemasan berhubung kejadian pokok tumbang susulan ribut dan hujan lebat yang melanda sekitar pukul 3.30 petang hingga 7.00 malam tadi.
JBPM Kuala Lumpur dalam satu kenyataan memaklumkan,pasukan bomba ditugaskan ke lokasi terjejas bagi menjalankan kerja-kerja pembersihan dan pemotongan pokok bagi memastikan keselamatan awam.
"Antara lokasi terlibat termasuk Jalan Tempinis 3,Lorong Maarof,simpang Asasi Universiti Malaya,Jalan Kebun Bunga Tasik Perdana,Jalan Cenderasari Taman Rama-Rama,kawasan IPK Kuala Lumpur,Desa Putra Condominium,Puspakom Wangsa Maju,Kolej Vokasional Jalan Genting Klang,serta kawasan kuarters polis.
"Insiden turut melibatkan beberapa buah kenderaan yang dihempap pokok,namun tiada kecederaan dilaporkan setakat ini," menurut kenyataan itu.
Kerja-kerja pembersihan telah selesai dilaksanakan di lokasi terjejas dengan bantuan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menerusi Bahagian Alam Sekitar,Jabatan Kesihatan & Alam Sekitar serta Skuad Kecemasan.
Pada masa sama JBPM Kuala Lumpur memaklumkan pihaknya sentiasa bersiap siaga menghadapi sebarang kemungkinan susulan amaran cuaca buruk yang dijangka berterusan dalam tempoh terdekat.