Thu Feb 12
J.P. MorganTradeflow:革新您的交易體驗
Wed Feb 11
EP雅瑩攜東方美學深耕東南亞市場,以服飾為橋共迎新春
Mon Feb 09
2025-11-05
HaiPress

Timbalan Menteri Kewangan Lim Hui Ying berucap pada Sambutan Hari Inovasi dan Integriti HASiL 2025 di Menara HASiL,Cyberjaya/RTM
CYBERJAYA,4 November - Lebih 106,000 pembayar cukai telah melaksanakan e-Invois oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (HASiL),dengan jumlah transaksi melebihi 675 juta setakat ini.
Sekali gus membuktikan penerimaan yang menggalakkan terhadap inisiatif digital tersebut.
Menurut Timbalan Menteri Kewangan Lim Hui Ying,pelaksanaan e-Invois disifatkan sebagai satu langkah penting ke arah pendigitalan sistem percukaian negara.
“Langkah ini bukan sahaja meningkatkan kecekapan,tetapi turut memastikan sistem percukaian negara menjadi lebih telus,cepat dan berintegriti,” katanya semasa berucap pada Sambutan Hari Inovasi dan Integriti HASiL 2025 di Menara HASiL,Cyberjaya.
Pelaksanaan e-Invois merupakan bukti komitmen berterusan HASiL dalam memperkukuh inovasi dan integriti dalam perkhidmatan awam,selaras dengan agenda Malaysia MADANI.
Beliau menyifatkan inovasi dan integriti sebagai dua tonggak utama kejayaan HASiL yang perlu digerakkan seiring bagi mengekalkan kepercayaan rakyat.
Selain e-Invois,beliau berkata pelaksanaan Sistem Taksir Sendiri (STS) duti setem mulai 1 Januari 2026 turut mempercepat urusan dan mengukuh keyakinan terhadap sistem percukaian.