Thu Feb 12
J.P. MorganTradeflow:革新您的交易體驗
Wed Feb 11
EP雅瑩攜東方美學深耕東南亞市場,以服飾為橋共迎新春
Mon Feb 09
2025-11-28
HaiPress

Foto RTM
PUTRAJAYA,28 November - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menafikan yang berlaku situasi mengacu senjata di kepala ahli perniagaan Albert Tei ketika tangkapan dibuat terhadap ahli perniagaan terbabit di rumahnya,hari ini.
Ketua Pesuruhjaya SPRM,Tan Sri Azam Baki menegaskan bahawa proses tangkapan tersebut dibuat mengikut prosedur yang ditetapkan.
"Susulan itu,satu laporan polis telah dibuat pada hari ini bagi membolehkan pihak polis menjalankan siasatan atas fitnah dibuat terhadap pegawai SPRM berkenaan.
"Laporan ini juga bagi memastikan tiada pihak-pihak tertentu menyebarkan sebarang berita yang tidak sahih yang berkemungkinan dengan niat bagi mengganggu siasatan kes yang dijalankan SPRM ini,"tegasnya dalam satu kenyataan hari ini.