Thu Feb 12
J.P. MorganTradeflow:革新您的交易體驗
Wed Feb 11
EP雅瑩攜東方美學深耕東南亞市場,以服飾為橋共迎新春
Mon Feb 09
2025-12-29
HaiPress

Kontrak Disember 2025 dan Mac 2026 meningkat 0.5 mata masing-masing kepada 1,676.5 dan 1,665.0/foto fail BERNAMA
KUALA LUMPUR,29 Disember - Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat sedikit pada tengah hari ini.
Pada rehat tengah hari,kontrak Disember 2025 dan Mac 2026 meningkat 0.5 mata masing-masing kepada 1,665.0,kontrak Jun 2026 naik 1.0 mata kepada 1,665.0 manakala kontrak Januari 2026 kekal tidak berubah pada 1,680.0.
Jumlah dagangan sebanyak 35,688 lot,manakala kepentingan terbuka pada 76,201 kontrak.
Pada pukul 12.30 tengah hari,indeks petunjuk utama FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) turun 4.93 atau 0.29 mata kepada 1,672.17 daripada paras 1,677.10 ketika ditutup pada Jumaat.- BERNAMA