Thu Aug 06
Lima pegawai kanan polis KL naik pangkat, perkukuh kepimpinan pasukan
2026-08-06
HaiPress

Foto BERNAMA
KUALA LUMPUR,6 Ogos –Lima pegawai kanan Polis Diraja Malaysia (PDRM) Kontinjen Kuala Lumpur menerima kenaikan pangkat dan pelantikan baharu.
RINGKASAN BERITA AI
−
Manakala SAC Haslah dilantik sebagai Ketua Penolong Pengarah (Risikan/Operasi) Bahagian Pematuhan Standard,Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) Bukit Aman.
Sementara itu,ACP Kee Hang Kee dilantik sebagai Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Kuala Lumpur,manakala ACP Saefuddin @ Mohd Fitri Abdul Rahman dilantik sebagai Timbalan Ketua Cawangan Khas (Risikan Operasi) Kuala Lumpur.
Majlis Pemakaian Pangkat serta Serah Terima Tugas berlangsung di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur.
Majlis tersebut disaksikan oleh Ketua Polis Kuala Lumpur,Datuk Fadil Marsus,yang menegaskan bahawa kenaikan pangkat bukan sekadar pengiktirafan terhadap prestasi dan dedikasi,malah merupakan amanah yang lebih besar untuk dipikul dengan penuh integriti.
“Pertukaran jawatan adalah proses penting bagi memastikan kesinambungan kepimpinan serta memperkukuh keupayaan organisasi.
Langkah itu membolehkan PDRM terus berkembang menerusi perkongsian idea,pengalaman dan pendekatan baharu tanpa menjejaskan kelangsungan penyampaian perkhidmatan terbaik kepada masyarakat,” tegasnya.



